Testing 1 2 3.
Hehee.... Lepas baca blog kak ijan, teringin pulak nak ada blog. Apa yang hendak dikongsikan bersama pembaca online di luar sana? Baru-baru ini banyak kes blogger yang menyalahgunakan tapak yang telah disediakan dengan menghentam dan memburuk-burukkan sesetengah pihak. Pada pendapat beta, berdasarkan dasar dunia tanpa sepadan dan penyebaran maklumat ke serata dunia, memang tiada dasar yang digubal mengenai penyekatan maklumat kepada orang awam. Setiap manusia mempunyai hak berkata-kata dan melemparkan pandangan masing-masing. Cuma atas keprihatinan dan kesedaran sivik manusia itu sendiri bagaimana hendak mengutarakan buah fikiran yang difikirkannya amat berguna dan sangat bernas itu agar menjadi panduan kepada orang lain TANPA memburuk-burukkan pihak yang tertentu. Kebanyakkan kes blogger-blogger ni, mereka amat bias atau berat sebelah. Hanya kata-kata mereka sahaja yang betul.
Apa yang aku mengarut ni. Macam menjawab soalan peperiksaan umum Pegawai Tadbir dan Diplomatik jek. PTD, huh. Geram aku cerita pasal PTD ni. Bulan 5 tahun lepas, kira-kira 18,000 orang menduduki peperiksaan tersebut. Seterusnya hanya 3000 lebih yang dipilih untuk stage seterusnya. Aku termasuklah dalam 3000 yang terpilih. Kursus selama 3 hari 2 malam buat aku sampai nak pengsan masa buat ujian fizikal. Mana taknya, tak lalu nak makan. Sibuk prepare public speaking. Tajuk yang amat menarik telah aku sediakan - Outsourcing Industry In Malaysia & Perkembangan Industri Muzik di Malaysia - pekji tolong buat outline industri muzik ni. Kemudian 1000 lebih dipilih untuk peringkat terakhir- temuduga. Sekali lagi aku menerima berita baik ini melalui www.spa.gov.my. Sewaktu temuduga, memang la menggelabah bagi insan seperti aku ini. Mana taknya, malas nak ambil tahu perkembangan semasa dunia. Sekali lagi, terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu meningkatkan pengetahuan aku dalam isu-isu dunia dan negara. Ditambah dengan temuduga yang telah aku jalankan ke atas rakan-rakan PTD yang telah selamat menjawat jawatan PTD di kementerian masing-masing. Soalan yang diajukan memang boleh tahan menguji intelektual dan integriti aku. Cuma setelah aku mengharungi peperangan di dalam bilik temuduga, aku amat kecewa apabila mereka mengatakan adalah baik jika aku setia menjawat jawatan aku sekarang ini dengan berbekalkan pointer yang amat memberangsangkan itu. Aku cuba menepis kata-katanya. Dia menjawab,"Kasi chance la kat mereka kat luar tu yang tak de keje lagi...". Aku senyum dan terus menjawab. (Sessi soal jawab ni akan aku tuliskan di dalam ruangan yang lain kerana entry ini hanya percubaan sahaja....=) ). Itulah kisahnya. Aku tau aku takkan lepas ujian ini. Tapi masa PAC, orang INTAN tu ada mention sekiranya gagal temuduga pertama, akan dipanggil semula di dalam temuduga kedua. Sehingga kini aku menanti panggilan temuduga kedua. 5 bulan berlalu, aku tau aku sudah tiada harapan. Kenapa rakan-rakanku yang lain dipanggil, tidak aku?????
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah.
[
Posted at Monday, June 04, 2007 by
dxdora
 |  |  |
Gina April 22, 2008 12:44 AM PDT
Hehe, dora hasra. Tahukah anda? Mmg la they say, kasi can yang kat luar tak kerja. I am sorry, but i am from outsourcing company & MNC... maybe PTD ni reserve utk anak2 kerajaan or those who have interconnection within this society? hehe... maybe some of them are inluck... and some memang smart. I know my Dora is smart... aku skrang tulis b.m pon mcm *areng... Maybe, u'd be better.... in future? semua pon ader hikmah.. what ever it is.. i support ur decision... go dora... |
 |

 |  |  |
transformers June 20, 2007 01:06 PM PDT
lor..tak semua yg kita idamkan akan kita capai..so what's within us, be grateful.. |
 |

 |  |  |
aku dan sesuatu June 19, 2007 04:22 PM PDT
semoga berjaya ngan apa yg d hajatkan... |
 |

 |  |  |
eci4ever June 7, 2007 02:24 PM PDT
Don't ever give up dora, if you fail in your first interview. do it again and again. Never stop trying. As far as I now, those who not succes in interview for PTD, they need to start again from the begining of the flow, taking exam, PAC and reinterview again. Gambate lady... |
 |