Wednesday, October 08, 2008
Stories-To-Tell

Bilik Baru
Tak cerita lagi pasal my new workspace in the office. Bos buat special request minta bilik KPP sebelah bilik dia dijadikan bilik baru untuk Cik Dora yang sangat rajin & berdedikasi. Actually, semua staff unit aku kena naik tingkat satu, sama level dengan bos sebab senang & cepat nak buat kerja. Since workspace kat luar tu macam dah penuh, jadi aku terpaksa ditempatkan ke dalam bilik KPP yang memang dah bertahun aku tengok memang kosong, hanya dijadikan bilik untuk auditors menjalankan kerja-kerja pengauditan.

Wah, pegawai kanan kat office aku pun tak dapt bilik besar ni. Seronoklah, ada privacy sikit. Kalau tak kena share bilik dengan staff aku yang lain. Bos aku yang baik hati ni pun siap bagi aku 3 seater sofa yang memang sedia ada dalam bilik dia masuk dalam bilik baru aku ni. Bonus point! Port yang baik dan agak selesa untuk lepak-lepak dan bergosip dengan Lenny. Hahaha...... Dan juga seater ni juga tempat aku tidur waktu lunch break during fasting month. Puas tidurku....

Dah dapat bilik besar, kerja pun dah jadi besar. Tapi gaji tetap kecil juga, ye. Bonus pun tetap sebulan. Itu pun bukan main susah nak luluskan. Sekarang ni susahlah nak lari dari bos, nak ngular pun kena pandang kanan kiri. Bos tak ada baru bebas sikit. Dah duduk bawah hidung bos, asyik kena panggil masuk bilik dia, buat discussion. Memang susah nak dapat direct line aku sebab memang tak ada dalam bilik memanjang. Yang lain berprasangka aku merewang tempat lain. Diorang tak tau aku kena tahan dalam bilik perbincangan membincangkan hal negara tak sudah. Bilanya nak laksanakan dan siapkan kerja kalau asyik berbincang? Memang hari-hari kena balik lambat. Inilah kuasa bilik besar. Tak sedar berat badan aku semakin susut. (Jangan ditanya lagi kenapa aku semakin kurus!!!)     


Outstation
Sambung cerita berat badan aku yang susut 3 kg. Bukan setakat kerja di office semakin membesar, kerja luar juga yang semakin kerap. Sekejap di utara, sekejap ke selatan. Hari ini ada di Sabah, lusa kat Kuching pula. Bulan-bulan puasa pun kena outstation. Tapi aku enjoy, tak adalah asyik memerap dalam office saja. Yang pasti tahun ini adalah tahun yang sangat sibuk sehingga aku lupa baki cuti rehat aku ada lagi 34 hari setelah ditolak 6 hari cuti yang telah aku ambil sehingga bulan September ini. Patutlah mak aku bising aku ni asyik kerja saja. Dah tak ada masa untuk keluarga. Kata mereka, "Tak apalah, sementara single ni senang nak berjalan." Aku senyum. Big Smile


Burswood, Perth

21/8 - 25/8/2008 sempat juga aku ke Perth walaupun last minute buat preparation dan sedang sibuk dengan tugas di pejabat.

Seronok berada di Perth, cuma ralat sangat sebab tak pergi pun zoo. Nak tengok kangaroo & koala. Sad Bukankah itu yang paling menarik di sana selain menikmati keindahan dan udara bersih di sana. Sibuk melayan adik-adik dan kawan-kawan shopping & membeli souvenir. Bab shopping aku memang suka. Tapi bab membeli souvenir ni yang paling aku tak tahan. Berjam-jam menunggu untuk membeli souvenir saja. Souvenir ini seharusnya dibeli pada hari terakhir melancong. Bukannya pada setiap kali keluar bersiar-siar dari Burswood hingga ke Fremantle. Tak faham laa.....

Yang pasti purse 'L' telah aku tawan. That's really makes me smile. Smile

Yang sedang menjadi wishlist adalah handbag 'C' yang bakal menyusul sebelum akhir tahun ini.


Nasi Lemak Antarabangsa (NLA)
Dah dekat 2 tahun tak makan NLA kat Kampung Baru. Kali terakhir makan NLA adalah ketika bersama EE sebelum dia bergelar suami. Shocked Wah, drama lagi?

Ramadhan tahun ni, 3 kali aku dapat sahur NLA. First time bersahur di Kampung Baru. Jam 2 - 3 pagi pun dah kena beratur panjang sampai kat Jalan Raya. Begitulah keadaan orang KL sampai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan NLA di situ yang mana kata mereka sangat sedap dan tiada tandingannya di sekitar ibukota.

Kami memilih nasi lemak berlauk sotong dan paru.

Dora says : Nasi lemak, ok la. Ada rasa lemak-lemak yang cukup. Sotong, lembut & sambal dia pun boleh tahan. Paru, sangat ok sebab dah potong kecil-kecil. Sambal, ok, cukup rasa dan boleh tahan pedasnya. (Sambal mak aku masak pun sedap macam ni. Try it!).

Mungkin pada mereka di KL tu susah nak cari nasi lemak yang 'original' macam ni. Kalau beli tepi jalan tu, sure nasi tak sedap dan tak cukup lemak, sotong dan lauk pauk lain semua keras dan tak sedap. Sambal pun asal boleh buat je asalkan jadi sambal. Satu lagi yang buat lebih special, makan nasi lemak atas daun pisang. Barulah wangi nasi lemak tu. Hurm...mak punya pun sedap macam NLA juga.

Erm...jangan ditanya aku pergi bersahur NLA dengan siapa. Rahsia! Tongue


AkuJanji- Don't take things for granted!

Baiklah, aku berjanji akan sentiasa update ruangan blog aku ini supaya aku tidak mensia-siakan storan yang telah dibekalkan oleh provider. Aku berjanji.

p/s: Esok dah kena start kerja after cuti raya. Macam malas je nak kerja sebab dah tahu banyak kerja menanti di atas meja. Hari ini sepatutnya dah start kerja, tapi aku ambil MC semalam sebab malas & tak ready nak start kerja lagi. Lagipun memang kesihatan aku agak terganggu sedikit.

Terima kasih Sham belanja aku & Lenny Baskin Robbins di Bukit Tinggi petang tadi. I really love the Candy Man & Very Berry Strawberry.
Sham, you're my candy man! *wink Wink 
And Darling Lenny, you're truly my Very Berry Strawberry! *muahsAngel


Posted at Wednesday, October 08, 2008 by dxdora

gelygeleman
April 30, 2009   09:38 PM PDT
 
ehh bukan nye ko p mkn NLA tu dgn aku ke? ko naik keta aku kan kan ... hehu
Kak Ijan
October 9, 2008   04:36 PM PDT
 
Nasi lemak akak lagi sedap kot. Hehehe...masuk bakul angkat sendiri.

Kem salam kat En. Hassan. Kalau ada job, meh panggil saya. Hahaha!!!
Kak Ijan
October 9, 2008   04:27 PM PDT
 
Fuyyoooo!!! Ada updet rupanya. Kalau Do tak singgah blog akak, memang tatau Do rajin tulis2.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

dxdora
January 17th
Female
Malaysia
A tall slim, cool and quiet woman.

<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


MUST READ!!!

My HIStory
My First Entry

---------------------------

ALL TIME FAV

Dora's Fotopages
Kak Ijan
Faruqy Merak
Zawan Baba
Hikayat Zawawi
Pekjism
Beyond Aqasha
Blog Setan

---------------------------

ARCHIVES

July 2007
June 2007

---------------------------

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed