Selamat kembali bertugas selepas bercuti selama 8 hari. Seronok juga duduk rumah, rehat, menonton televisyen. Tak sia-sia aku subscribe channel Syawal 188 semata-mata nak tengok P.Ramlee The Musical sekali lagi walaupun aku dah menontonnya di IB bersama Shikin awal tahun ini. Tapi sampai hari ini tak berkesempatan nak menontonnya di kaca tv sebab bila masa free menonton, sure cerita Anak Halal atau Duyung yang sedang dimainkan. Tak best!
Awal pagi dah sampai di office. Sempat dapat parking belakang bangunan yang cuma ada petak untuk 7 biji kereta aku rasa. Dekat sikit dengan bilik. Kalau tak sure kena parking jauh dekat dengan kuil. Tapi apa salahnya parking jauh sikit. Bukankah elok untuk kesihatan. Kalau tak pun, untuk aku practice 'catwalk' bersama pump shoes 3 inci yang aku beli dengan Finu. Jangan tak tau, Finu pun ada kasut yang sama. Sama-sama beli. Tak kisahlah, lain office kan?
Breakfast dengan Lenny. Meeting kat menara TM. Petang bos tak masuk office. Bebas gila! Check email. SIapkan kerja-kerja sikit. Around 4 pm Lenny datang lepak. Dan terus lepak sehingga jam 5.30 bersama Karam & Ella.
Di kepala, irama melodi 'Hikari' sedang rancak berputar. Berhantu pula lepas dengar lagu ini 2 hari yang lalu. Seorang rakan sepejabat yang sedang berkursus di Jepun mengingatkan aku kepada penyanyi Jepun yang amat popular dengan lagu 'First Love' - Utada Hikaru. Memang aku suka banget lagu tu. Lagu yang amat sesuai untuk dijadikan lagu tema bagi drama entry blog aku yang bertajuk 'Angin Sepi Ke Kota London'.
'Hikari' adalah cahaya atau 'light'. Kalau ikut lirik lagu ini, memanglah sedang menjadi lagu tema bagi jalan cerita hidup yang sedang aku lalui. Sememangnya aku adalah seorang yang sangat dramatik! Enjoy!