Thursday, June 07, 2007
My HIStory

I'm writing this article in hope that it can be submitted to any one of the local magazine here in Malaysia.  Since I've created my own blog, I just thought that I can share my story and thoughts with all of you here.

 

Angin Sepi Ke Kota London

 

London..London..London. Apa ada pada kota ini? Kenapa ramai antara kita yang ingin menjejakkan kaki ke bumi London. Kota ini juga sering dikaitkan dengan syurga membeli belah barang berjenama bagi sesetengah yang berkemampuan. Murah kata mereka di samping banyak pilihan new arrival. Pernah juga saya mendengar makcik-makcik di kampung menggunakan frasa 'speaking London' bagi menggambarkan mereka yang tahu berbahasa Inggeris. Sehinggakan ada juga kuih raya yang dinamakan Almond London yang pastinya antara favourite saya. Mengapa begitu gah 'London' pada pandangan masyarakat sejagat?

 

London, kota metropolitan yang telah menjadi ibu negara England dan United Kingdom (UK) yang berpendudukkan 7.6 juta penduduk sehingga 2006. Saya juga adalah antara kalangan yang mengimpikan untuk ke bandar itu. Alhamdulillah saya telah berjaya menjejakkan kaki di bumi England pada 2005. Percutian selama 2 minggu di sana amat menyenangkan jiwa saya, bermula di London ke Lake District. Tapi saya tahu saya tidak setenang air dikali. Hati saya amat teruja menghirup udara sejuk di sana, tetapi jauh disudut hati saya masih tersemat sejarah hitam yang melanda jiwa.  

 

Saya sendiri tidak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke sana. Ketika itu saya baru 1 tahun berkerja. Masih belum mempunyai akaun simpanan yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Masih lagi enjoy dengan hasil titik peluh sendiri. Tiada ultimate goal been setting up.

 

Kenapa saya ke England? Alasan saya adalah untuk membawa hati yang lara. Saya pernah kecewa kerana 'England'. Suatu masa dahulu, saya pernah ditaburi janji oleh si dia untuk membawa saya ke sana mengikutinya menyambung Master di Salford University, Manchester. Pada mulanya saya tidak bersetuju untuk mengikutnya  kerana sudah pasti kami akan dinikahkan sebelum berlepas. Bukan kerana tidak cinta, tetapi bagi saya yang berusia 23 ketika itu merasakan amatlah muda untuk membina mahligai abadi. Mak saya pernah berpesan ketika saya berumur 16 tahun, "Buat apa kawin awal. Enjoy puas-puas sebelum kawin". Juga pada saya ketika inilah masa untuk menguji tahap kesetiaan hati masing-masing. Saya merelakan pemergian si dia untuk menuntut ilmu di sana.

 

3 bulan masa diambil untuk si dia memujuk. Akhirnya saya bersetuju. Hati melonjak gembira untuk ke sana. Saudara mara terdekat dan buddies telah saya khabarkan berita ini. Tetapi apakan daya, di saat-saat akhir, si dia membuat keputusan untuk pergi seorang diri. Ingin feel bujang katanya. Hati saya luluh. Siapa yang tidak kecewa setelah janji tidak ditepati? Dengan sifat kebudak-budakan saya ketika itu (saya mengaku belum matang ketika itu), kami banyak bertengkar apabila si dia semakin menunjukkan eagerness untuk ke sana.

 

Namun si dia yang saya sayangi itu amat tertekan dengan keadaan yang menimpa kami. Dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam negeri sahaja.Si dia mula berubah. Banyak mendiamkan diri. Diri ini terasa seolah-olah saya telah menjadi batu penghalang untuk dia mengejar cita-citanya. Kami tidak lagi lagi mesra seperti dulu. Walaupun si dia belajar di KL, kami jarang berjumpa. Alasan, sibuk dengan kelas dan assignment. Kami mula berenggang dan saya semakin kuat merajuk kerana si dia gagal memenuhi kehendak saya.

 

Percintaan kami juga dihujani pelbagai ujian. Saya pernah terserempak si dia bersama gadis lain ketika saya datang ke universiti tempat si dia menimba ilmu. Niat dihati nak buat surprise. Rupanya saya yang surprised! Pertengkaran besar berlaku. Si dia menyatakan si gadis hanya rakan sekelas. Bermulalah episod zaman kegelapan percintaan kami. Namun telah tersurat si dia bukan untuk saya. Kami berpisah juga setelah 2 bulan saya cuba sedaya upaya mempertahankan cinta kami yang telah tersemat di hati selama 4 tahun lebih.

 

Kini, si dia telah membina mahligai cinta abadi bersama gadis pilihannya. Saya redha dan sentiasa mendoakan kesejahteraan seisi keluarga. Saya tidak menyalahkan si dia yang memungkiri janjinya atau pun mak saya yang telah memberikan pesanan ketika berumur 16 tahun itu. Bahkan saya amat bersyukur dengan ketentuan ini. Banyak yang saya telah pelajari dan membantu dalam pencarian identiti sebenar. Semakin bijak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Saya tidak lagi take things for granted. I'm an independent woman. Tidak lagi bergantung kepada orang lain. This is the new me, Dora.

 

"

Ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

seringkala aku terlihatkan mu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali

~Perpisahan~

"

 

Sehingga hari ini, saya masih menyimpan hasrat untuk melanjutkan pembelajaran saya ke UK. Doakan impian saya tercapai. Bukan untuk saya, tetapi juga untuk kedua ibu bapa saya tercinta…………


Posted at Thursday, June 07, 2007 by dxdora

gelygeleman
April 30, 2009   09:53 PM PDT
 
weiii, amandalarra!!! ko kat sini rupenye.. puas aku cari, apa hal ko buat kat sini haa??
amandalarra
November 23, 2008   07:00 PM PST
 
woi... sadis! tapi setiap yg terjadi ade hikmahnya..
Pirates@KSM
August 10, 2008   06:51 PM PDT
 
wah, yg ni buleh wat drama bersiri ni...
Gina
April 22, 2008   12:32 AM PDT
 
Wow, i dont know the whole story. I guess masing2 ader sejarah hitam btol tak? i guess youre dora si lengguk lemah lembut hihi but fighter inside .. teheeheh... do *jgn la sensitive... life ni destiny.. so, njoy dulu.. i mean njoy being single... hehehee... kalau tak jd la si bunting iryn & rosmah :)... nyway take care.. aku doakan kawanku ni success and temu jodoh yg sesuai!!
Name
January 21, 2008   10:06 AM PST
 
life would be much more meaningful...by the time we know why we are laughing, why we are crying...
me, myself & I
July 5, 2007   03:36 PM PDT
 
betullah tu..aku pun pernah buat personality test, mmg suitable dgn character si susan tu. Ekekee.... bestfren aku pun kata begitu...pandailah en awie menelah!
Awie
July 5, 2007   02:17 PM PDT
 
Hidup ko penuh drama dan berdrama mcm desprate housewives.. mcm susan jek.
Dong & Dia
July 3, 2007   10:20 AM PDT
 
Sedey la baca cerita Dora. Sib baik Dora dah kuat sekarang. Kalau tak, boleh akak bawak jalan2 kat Paris plak. Hehehehe. Akak doakan Dora juma si dia yg penyayang dan setia. Amin.
Lina M Ishan
June 7, 2007   02:30 PM PDT
 
syahdunya..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

dxdora
January 17th
Female
Malaysia
A tall slim, cool and quiet woman.

<< June 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


MUST READ!!!

My HIStory
My First Entry

---------------------------

ALL TIME FAV

Dora's Fotopages
Kak Ijan
Faruqy Merak
Zawan Baba
Hikayat Zawawi
Pekjism
Beyond Aqasha
Blog Setan

---------------------------

ARCHIVES

July 2007
June 2007

---------------------------

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed