Friday, June 29, 2007
MAS

 

26/6/2007 – Hari Malang Buat Aku! Aku kena tinggal flight ke Labuan 8.55 am pagi ni. Kalau ikutkan pengalaman aku semenjak menjadi frequent flyer selama lebih setahun ni, memanglah kadang-kadang diorang minta MyKad. Tapi kebanyakkannya memang tak perlu tunjuk. Tapi beriye dia nak MyKad aku. Driving license pun dia reject.  Do I look like a Mongolian to her? Bengang. Malu jugak aku. So, I got no choice kena balik ambil MyKad.

 

Satu hal lagi nak tukar tiket. Menunggu nak tukar tiket kat bawah tu memang aku dah tahu sure ramai orang. Teruk betul service MAS ni. Kalau agensi kerajaan macam ni, sure dah keluar kat paper. Ada 11 kaunter, hanya 4 kaunter yang buka. Sejam menunggu.

 

Unfortunately, next flight to Labuan is fully booked. My gosh! Aku on standby list flight petang tu. Then, if I can't make it to that flight, I have to take a flight to Kota Kinabalu at 9.15pm, then the next morning to Labuan at 6.50am. Huhuuu…

 

Petang, pukul 6.10pm aku dah tunggu depan standby counter tu. Risau betul kalau tak dapat. Mana nak stay malam ni kat KK sorang-sorang. Tapi pagi tadi masa aku daftar standby tu dia kata aku sorang je dalam list. So the possibility tinggi la. Teringat Amazing Race. Diorang pun selalu dalam standby list. At the end, they manage to be in that particular flight. Hahahahaa……

 

YES! They called my name. 20 minutes before flight time. Aku pun kelam kabut, check in bag, amik tiket, terus jalan customs checking. Dalam flight, suddenly I've been approach by one the the MAS staff to check my boarding pass. He asked where I'm heading to. I said to Labuan. then he told me that my boarding pass stated Kota Kinabalu. SO, aku keluarkan boarding pass aku. A'ah memang Kota Kinabalu. Tapi tiket aku stated Labuan. Memang minah kaunter tu tak check!

 

Sampai Labuan, aku tunggu luggage aku. Baru aku teringat yang bag aku tu sure has been tag Kota Kinabalu. Aku terus bagitau staff kat Labuan tu bagitau yang boarding pass aku salah destination. Setelah habis staff dia menggeledah perut kapal terbang tu, rupa-rupanya my bag wasn't in that aircraft. Banyak kali jugak diorang cari, tapi tak jumpa. 20 minutes later, that staff advice me to make a report. Memang sah bag aku tak de! Geramnya… macam mana nak pegi meeting esok?

 

Sampai hotel aku menangis cerita kat Kak Wan. Nasib baik dia bawak baju extra. Rahmat juga kejadian ni berlaku. Sebabnya selalu outstation, aku pergi sorang je. At least I got something to wear for tomorrow's meeting.

 

The next morning, aku pakai t-shirt Kak Wan with my jeans. Malu betul sebab semua orang tau ke'malang'an hari aku semalam. Sakit hati betul. Tak de mood nak berjalan-jalan. So aku tukar tiket balik petang tu jugak.

 

Pukul  2.30pm. Labuan MAS staff named Dayang called aku bagitau bag dah sampai Labuan. Memang sah bag tu tertinggal kat KLIA.

 

Masa nak check in balik pun ada masalah. 30 minit berdiri depan kaunter tu. Pakcik kaunter tu kata ada 1 tiket lagi tersangkut tak boleh check in. Katanya Sistem baru ni baru launch and tak stabil lagik. Aku paham masalah sistem ni…..

 

At last pak cik tu pun naik fed up dan suruh kitorang pergi kaunter lain. Aku ingat tiket aku yg problem. Aku dah nak menangis dah. Mcm manalah pulak kalau aku tak boleh balik ni????

 

Lepas beratur next kaunter, kak wan check semua tiket. Rupanya tiket dia yang tersangkut. Alhamdulillah bukan tiket aku. Bukan apa, cukuplah semalam hari yang malang buat aku. 10 minit before departure baru dapat boarding pass. Nasib baik airport Labuan ni dekat. Takde lah nak rushing. Tapi yang amat menggeramkan aku adalah aku telah ditempatkan di barisan paling belakang. 27C. BENGANGNYAA…..

 

Seat aku memang last row dekat toilet. Busuknya…. Inikah privilege yang aku dapat sebagai Enrich Member????? Kalau aku perasan seat number ni masa kat kaunter, sure aku dah minta tukar. Lepas tu pulak, dah atas kapal terbang, tetiba hujan lebat sangat. Kapal terbang terkandas. PANAS dan BUSUK menunggu selama 40 minit. Tak sabar nak sampai rumah. Nak dinner pun tak lalu. Aku makan kacang je.

 

At last, sampai KLIA. Penat sangat aku rasa mengharungi 2 hari yang lalu. The next day, I took a day off. Tak larat nak fikir kesengsaraan yang aku hadapi. Kat ofis pun tengah berlambak kerja nak kena settlekan. So I better take a day break.

 

Apalah dugaan yang aku terima ni? Semuanya berpunca dari MyKad aku yang tertinggal dalam folder semasa menghadiri temuduga PTD tempoh hari. Petanda aku berjaya atau gagal?????...................   


Posted at Friday, June 29, 2007 by dxdora
Comments (4)  

Sunday, June 17, 2007
2nd Chance

At last! Aku terima surat panggilan temuduga kali kedua untuk PTD. 6 bulan aku menanti sampaikan dah putus harapan untuk dipanggil temuduga lagi. 20/6/07 is the day……….. Smile


Posted at Sunday, June 17, 2007 by dxdora
Shout In Here  

Saturday, June 09, 2007
Baby - Parking - Shopping

SMS 8/06/07:

10.00 am

Askum.dora,bz ke? Lama xdgr cite. Saje nk inform ko. 3hari lepas S##### ada sms farid bgtau dia dapat anak ppuan.since aku tau, aku inform la ko sbb kang ko marah lak aku tau tp xbgtau.

10.09 am

tq ireen, ko tau aku dh kuat skrg. i'm happy 2 hear that =). aku cuti hr ni. nk g jln2 kl jap lg.

10.11 a.m

Oo ok.xpe one day ko pun akn sucess dlm smue hal ye.aku doakan utk ko.tcare

10.30 a.m

After i received ireen's sms, aku terus fwd kat Shikin. A minute later she called me. Bukan main cepat respondnya. Shikin gelak-gelak and tanya aku kebenarannya. I said I'm ok and i'm not sad/mad/cry about that. Aku berSYUKUR.....

12.45 p.m

Aku keluar rumah jumpa Finu. She'll pick me up at SUbang Parade. Time aku parking kat SUbang Parade memang penuh sbb sure org pergi sembahyang jumaat pun parking kat basement. About 10 minutes aku pusing-pusing. Pehtu aku decided tunggu je kat depan lift tu. Mana tau ada yg nak keluar, aku ikutla sampai kereta diorang.

5 minit berlalu. nasib baik ada this lady parking belakang kereta aku. AKu pun seronok bangat la sebab Finu dah sampai area Subang. Aku dah siap signal bagi memberitahu kereta-kereta yang lalu kat situ aku dah 'cop' parking tu. Elok-elok je kereta Avanza hijau tu keluar, tetiba ada pulak waja signal nak masuk jugak parking tu. Kepala hotak dia Angry. Padahal dia dah nampak aku signal dulu and dah masuk gear reverse pun. Sure belakang kereta aku bukan setakat ada lampu signal, malah lampu reserve pun sure bernyala. Tinggal nak lepaskan clutch utk bergerak je. Aku memang pantang org amik hak aku ni kan, so dengan tindakan cepat, aku terus mereversekan kereta aku ke dalam parking tu sebaik sahaja Avanza keluar. Nasib baik Si Waja yang bangang ni lambat masuk. So, aku sempat halang dia and bontot kereta aku dah masuk parking lot tu. Hahhaa.... (I am a well trained driver Wink)... So Waja tak puas hati. Aku nampak ada 2 orang lelaki India di dalamnya yang pada zahirnya memang kategori 'gabas' - (gay terbabas bak kata Kay). Aku buat muka tak reti jek sebab I deserved that parking. Aku yang sampai dulu.

Aku teringat masa aku ngan Shikin kat Giant Klang. Macam tu jugak lah. Kitorang memang dah signal tunggu kereta depan tu nak keluarkan kereta dari parking lot. Tetiba, s*** punya Cina terus masuk buat muka selamba. Aku memang dah berasap jek. Nasib baik naik kereta Shikin, kalau kereta aku tu, memang dah sumpah seranah dah. Kalau tak pun aku dah calarkan kereta dia. (Can I???!!!) Kenapa ada manusia mcm ni? Dari kalangan mana mereka ini - Uneducated/Immoral/Idiot people? Kadang-kadang Melayu pun buat macam tu, tapi aku tak sanggup nak buat macam tu....

So lepas aku parking kereta, risau gak takut diorang pancitkan kereta aku ke, calarkan kereta ke... ekeke...Alhamdulillah....

Lepas Finu ambil aku, terus pergi Bangsar. Memang telah aku bayangkan keseronokan keluar shopping dengan Nurul Safinu ni. But pity her, kereta dia kemek sebab terlanggar tiang masa parking kat Bangsar Shopping Village. HUhuhuuuu... Maafkan aku, FInu. We lepak at La Bodega melayan sekotak chocolate sampai hujan reda. Kemudian kami memulakan pengembaraan ke LittleBlackBook, Cats Whiskers, Blook, elo, Amore, Vincci & Zara. Seronok-seronok. Thanks Finu......


Posted at Saturday, June 09, 2007 by dxdora
Comments (2)  

Thursday, June 07, 2007
My HIStory

I'm writing this article in hope that it can be submitted to any one of the local magazine here in Malaysia.  Since I've created my own blog, I just thought that I can share my story and thoughts with all of you here.

 

Angin Sepi Ke Kota London

 

London..London..London. Apa ada pada kota ini? Kenapa ramai antara kita yang ingin menjejakkan kaki ke bumi London. Kota ini juga sering dikaitkan dengan syurga membeli belah barang berjenama bagi sesetengah yang berkemampuan. Murah kata mereka di samping banyak pilihan new arrival. Pernah juga saya mendengar makcik-makcik di kampung menggunakan frasa 'speaking London' bagi menggambarkan mereka yang tahu berbahasa Inggeris. Sehinggakan ada juga kuih raya yang dinamakan Almond London yang pastinya antara favourite saya. Mengapa begitu gah 'London' pada pandangan masyarakat sejagat?

 

London, kota metropolitan yang telah menjadi ibu negara England dan United Kingdom (UK) yang berpendudukkan 7.6 juta penduduk sehingga 2006. Saya juga adalah antara kalangan yang mengimpikan untuk ke bandar itu. Alhamdulillah saya telah berjaya menjejakkan kaki di bumi England pada 2005. Percutian selama 2 minggu di sana amat menyenangkan jiwa saya, bermula di London ke Lake District. Tapi saya tahu saya tidak setenang air dikali. Hati saya amat teruja menghirup udara sejuk di sana, tetapi jauh disudut hati saya masih tersemat sejarah hitam yang melanda jiwa.  

 

Saya sendiri tidak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke sana. Ketika itu saya baru 1 tahun berkerja. Masih belum mempunyai akaun simpanan yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Masih lagi enjoy dengan hasil titik peluh sendiri. Tiada ultimate goal been setting up.

 

Kenapa saya ke England? Alasan saya adalah untuk membawa hati yang lara. Saya pernah kecewa kerana 'England'. Suatu masa dahulu, saya pernah ditaburi janji oleh si dia untuk membawa saya ke sana mengikutinya menyambung Master di Salford University, Manchester. Pada mulanya saya tidak bersetuju untuk mengikutnya  kerana sudah pasti kami akan dinikahkan sebelum berlepas. Bukan kerana tidak cinta, tetapi bagi saya yang berusia 23 ketika itu merasakan amatlah muda untuk membina mahligai abadi. Mak saya pernah berpesan ketika saya berumur 16 tahun, "Buat apa kawin awal. Enjoy puas-puas sebelum kawin". Juga pada saya ketika inilah masa untuk menguji tahap kesetiaan hati masing-masing. Saya merelakan pemergian si dia untuk menuntut ilmu di sana.

 

3 bulan masa diambil untuk si dia memujuk. Akhirnya saya bersetuju. Hati melonjak gembira untuk ke sana. Saudara mara terdekat dan buddies telah saya khabarkan berita ini. Tetapi apakan daya, di saat-saat akhir, si dia membuat keputusan untuk pergi seorang diri. Ingin feel bujang katanya. Hati saya luluh. Siapa yang tidak kecewa setelah janji tidak ditepati? Dengan sifat kebudak-budakan saya ketika itu (saya mengaku belum matang ketika itu), kami banyak bertengkar apabila si dia semakin menunjukkan eagerness untuk ke sana.

 

Namun si dia yang saya sayangi itu amat tertekan dengan keadaan yang menimpa kami. Dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam negeri sahaja.Si dia mula berubah. Banyak mendiamkan diri. Diri ini terasa seolah-olah saya telah menjadi batu penghalang untuk dia mengejar cita-citanya. Kami tidak lagi lagi mesra seperti dulu. Walaupun si dia belajar di KL, kami jarang berjumpa. Alasan, sibuk dengan kelas dan assignment. Kami mula berenggang dan saya semakin kuat merajuk kerana si dia gagal memenuhi kehendak saya.

 

Percintaan kami juga dihujani pelbagai ujian. Saya pernah terserempak si dia bersama gadis lain ketika saya datang ke universiti tempat si dia menimba ilmu. Niat dihati nak buat surprise. Rupanya saya yang surprised! Pertengkaran besar berlaku. Si dia menyatakan si gadis hanya rakan sekelas. Bermulalah episod zaman kegelapan percintaan kami. Namun telah tersurat si dia bukan untuk saya. Kami berpisah juga setelah 2 bulan saya cuba sedaya upaya mempertahankan cinta kami yang telah tersemat di hati selama 4 tahun lebih.

 

Kini, si dia telah membina mahligai cinta abadi bersama gadis pilihannya. Saya redha dan sentiasa mendoakan kesejahteraan seisi keluarga. Saya tidak menyalahkan si dia yang memungkiri janjinya atau pun mak saya yang telah memberikan pesanan ketika berumur 16 tahun itu. Bahkan saya amat bersyukur dengan ketentuan ini. Banyak yang saya telah pelajari dan membantu dalam pencarian identiti sebenar. Semakin bijak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Saya tidak lagi take things for granted. I'm an independent woman. Tidak lagi bergantung kepada orang lain. This is the new me, Dora.

 

"

Ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

seringkala aku terlihatkan mu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali

~Perpisahan~

"

 

Sehingga hari ini, saya masih menyimpan hasrat untuk melanjutkan pembelajaran saya ke UK. Doakan impian saya tercapai. Bukan untuk saya, tetapi juga untuk kedua ibu bapa saya tercinta…………


Posted at Thursday, June 07, 2007 by dxdora
Comments (9)  

Monday, June 04, 2007
My First Entry

Testing 1 2 3.

Hehee.... Lepas baca blog kak ijan, teringin pulak nak ada blog. Apa yang hendak dikongsikan bersama pembaca online di luar sana? Baru-baru ini banyak kes blogger yang menyalahgunakan tapak yang telah disediakan dengan menghentam dan memburuk-burukkan sesetengah pihak. Pada pendapat beta, berdasarkan dasar dunia tanpa sepadan dan penyebaran maklumat ke serata dunia, memang tiada dasar yang digubal mengenai penyekatan maklumat kepada orang awam. Setiap manusia mempunyai hak berkata-kata dan melemparkan pandangan masing-masing. Cuma atas keprihatinan dan kesedaran sivik manusia itu sendiri bagaimana hendak mengutarakan buah fikiran yang difikirkannya amat berguna dan sangat bernas itu agar menjadi panduan kepada orang lain TANPA memburuk-burukkan pihak yang tertentu. Kebanyakkan kes blogger-blogger ni, mereka amat bias atau berat sebelah. Hanya kata-kata mereka sahaja yang betul.

Apa yang aku mengarut ni. Macam menjawab soalan peperiksaan umum Pegawai Tadbir dan Diplomatik jek. PTD, huh. Geram aku cerita pasal PTD ni. Bulan 5 tahun lepas, kira-kira 18,000 orang menduduki peperiksaan tersebut. Seterusnya hanya 3000 lebih yang dipilih untuk stage seterusnya. Aku termasuklah dalam 3000 yang terpilih. Kursus selama 3 hari 2 malam buat aku sampai nak pengsan masa buat ujian fizikal. Mana taknya, tak lalu nak makan. Sibuk prepare public speaking. Tajuk yang amat menarik telah aku sediakan - Outsourcing Industry In Malaysia & Perkembangan Industri Muzik di Malaysia - pekji tolong buat outline industri muzik ni. Kemudian 1000 lebih dipilih untuk peringkat terakhir- temuduga. Sekali lagi aku menerima berita baik ini melalui www.spa.gov.my. Sewaktu temuduga, memang la menggelabah bagi insan seperti aku ini. Mana taknya, malas nak ambil tahu perkembangan semasa dunia. Sekali lagi, terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu meningkatkan pengetahuan aku dalam isu-isu dunia dan negara. Ditambah dengan temuduga yang telah aku jalankan ke atas rakan-rakan PTD yang telah selamat menjawat jawatan PTD di kementerian masing-masing. Soalan yang diajukan memang boleh tahan menguji intelektual dan integriti aku. Cuma setelah aku mengharungi peperangan di dalam bilik temuduga, aku amat kecewa apabila mereka mengatakan adalah baik jika aku setia menjawat jawatan aku sekarang ini dengan berbekalkan pointer yang amat memberangsangkan itu. Aku cuba menepis kata-katanya. Dia menjawab,"Kasi chance la kat mereka kat luar tu yang tak de keje lagi...". Aku senyum dan terus menjawab. (Sessi soal jawab ni akan aku tuliskan di dalam ruangan yang lain kerana entry ini hanya percubaan sahaja....=) ). Itulah kisahnya. Aku tau aku takkan lepas ujian ini. Tapi masa PAC, orang INTAN tu ada mention sekiranya gagal temuduga pertama, akan dipanggil semula di dalam temuduga kedua. Sehingga kini aku menanti panggilan temuduga kedua. 5 bulan berlalu, aku tau aku sudah tiada harapan. Kenapa rakan-rakanku yang lain dipanggil, tidak aku?????

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

[


Posted at Monday, June 04, 2007 by dxdora
Comments (4)  

Sunday, June 03, 2007
Cut and Paste

Here are some of my entries in the previous blog.

|| Love is Selfish ||

"Love, friendship, respect, admiration are the emotional response of one man to the virtues of another, the spiritual payment given in exchange for the personal, selfish pleasure which one man derives from the virtues of another man's character. Only a brute or an altruist would claim that the appreciation of another person's virtues is an act of selflessness, that as far as one's own selfish interest and pleasure are concerned, it makes no difference whether one deals with a genius or a fool, whether one meets a hero or a thug, whether one marries an ideal woman or a slut."

-Ayn Rand-

------------------------------------------

|| Here ||

Sometimes, people can go missing right before our very eyes. Sometimes, people discover you, even though they've been looking at you the entire time. Sometimes, we lose sight of outselves when we're not paying attention.

We all get lost once in a while, sometimes by choice, sometimes due to forces beyond our control. When we learn what it is our soul needs to learn, the path presents itself. Sometimes we see the way out but wander farther and deeper despite ourselves; the fear, the anger, or the sadness prevent us from returning. Sometimes we prefer to be lost and wandering; sometimes it's easier. Sometimes we find our own way out. But regardless, always, we are found.

-A Place Called Here-


Posted at Sunday, June 03, 2007 by dxdora
Shout In Here  


dxdora
January 17th
Female
Malaysia
A tall slim, cool and quiet woman.

<< June 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


MUST READ!!!

My HIStory
My First Entry

---------------------------

ALL TIME FAV

Dora's Fotopages
Kak Ijan
Faruqy Merak
Zawan Baba
Hikayat Zawawi
Pekjism
Beyond Aqasha
Blog Setan

---------------------------

ARCHIVES

July 2007
June 2007

---------------------------

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed