|
|
 |
 |
|
Monday, July 30, 2007
I have not feeling well for the past 2 weeks. I had a sore throat and cough that make my body so weak and started felt dizzy. I guess this is due to the fruits season. I had a lot of durian, rambutan and manggis. Yeahhh… I love durian and I can't resist it!
At the same time I have to be ready for the netball match for the JLM Sport's Day, How am I going to play well with this weak body. We should be the champion this time around. Last season we won 2nd place and it is such a shame if can't sustain the rank. The major problem is 3 of our main players are pregnant. Huk hukk… And now we have to train the new players that are not familiar with this game. So, how are we going to win?
Frankly, I'm quite disappointed with the result of the interview. Since last Friday I'm struggling to find ways to fix one of the databases that is not working! Damn. Help, anyone expert in Sybase?
"Your life depend on your perception"
Posted at Monday, July 30, 2007 by dxdora
Permalink
Wednesday, July 25, 2007
Beautiful Lies - Juwita Suwito
Watching the rain A thousand voices call her name She turns the lights on To blind the pain
She runs out the door calling She leaves the TV on What does she do When her faith is falling
She lights a candle Shadows dancing on the wall Will there be moonlight When darkness falls
Beautiful lies, Beautiful lies Will she survive As angels cry, As angels cry Are you there, Are you there She's all alone Without a prayer, Without a prayer
She runs out the door calling She leaves the TV on What does she do When her faith is falling
Love's crimson glow Fading into pale Listening as twilight Turns to day
Why do her memories last a moment (and then they're gone) She writes an ending but it's all wrong Why does her heart feel so alone Why does her song seem so hollow Won't you please tell her Won't you tell her that you knew it all along
Watching the rain A thousand voices call her name She turns the lights on To blind the pain
Beautiful Lies
Hear it! ---> http://www.mediafire.com/?1p2zqdrf1l5
Posted at Wednesday, July 25, 2007 by dxdora
Tuesday, July 24, 2007
Akhirnya keputusan yang di nanti telah diterima. Kata panel, aku kena belajar adapt acceptability. Mungkin sebab dia dah nampak sgt eagerness aku untuk mendapatkan jawatan itu. Kata mereka lagi, menjadi PTM juga adalah sangat competitive. Berdasarkan SKT aku, mereka membuat ulasan adalah suatu kehilangan besar sekiranya aku menarik diri dari bidang ini. Mereka beranggapan aku bakal menjadi pakar di dalam bidang IT. Aku gelak dalam hati dan aku akan buktikannya.......
Kadang-kadang terfikir juga, adakah aku akan berjaya dengan lancar sekiranya aku tidak menjawat sebarang jawatan di dalam kerajaan? Well, I'm very proud of myself. Ramai kawan-kawan aku yang berkali-kali mengulangi ujian peperiksaan untuk berjaya sehingga ke peringkat temuduga. Bagi aku, semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin dulu aku tak patut dengar cerita-cerita negatif yang mengatakan amatlah susah untuk lulus ujian peringkat pertama. Sekiranya aku seorang yang optimis ketika itu, pastinya pilihan pertama aku bukanlah PTM.
Teringat kata-kata yang pernah aku pelajari dulu. Moga menjadi pedoman untuk semua.
Never see FAILURE AS FAILURE, but ONLY AS :
- learning experience
- the negative feedback I need to change course in my direction
- an opportunity to develop my sense of humour
- an opportunity to practice my techniques & perfect my performance
- the game I must play to WIN!
Posted at Tuesday, July 24, 2007 by dxdora
Tuesday, July 10, 2007
Banyak kerja aku kena siapkan before end of this month. Malasnya... dah 2 hari keje aku YM & surfing je. Hari ni aku banyak menghabiskan membaca buku yang dipinjamkan oleh Mr PTD ; Can You Keep A Secret - Sophie Kinsella. Interesting book.
Kenapa malas sangat ni? May be my soul is already in China. Next week I have a trip to Beijing with my mom. Sometimes I feel half of me is not in this office - berangan tak sudah. I need to prove to myself and everybody that I can achieve what I really want for my future on my own. End of this month aku bakal menerima berita yang mampu mengubah haluan kerjaya aku. Apalah yang akan berlaku.....
Things to do:
- LIYR - documentation, presentation, find contractor
- MISR Portal - documentation, collecting material
- SDP - monitor contactor, site visit, mengadap Pengarah
- World Maritime Day - prepare article, interview session
- ISM Audit System - develop the system
- Prepare Mesyuarat Kapal-kapal
- "Saya Yang Menurut Perintah"
Posted at Tuesday, July 10, 2007 by dxdora
Monday, July 09, 2007
Tetiba aku terasa nak menulis tajuk ini. Sekarang ni tengah gempar berita percintaan Hans-Erra-Emran. FYI, aku adalah peminat Erra. Tidaklah begitu setia, tapi beliau adalah idola aku terutama dari segi fesyen & penampilan. She's gorgeous, babe - from head to toe.
Banyak cerita tak menarik aku dengar mengenai artis ini. Tapi, aku tidak menerima bulat-bulat apa yang sampai di telinga aku. Kalau ikutkan dari perwatakan Erra, dia ni sweet, tersusun kata-katanya, adventurous (like me!) dan yang baik-baik belaka, susah untuk aku menerima gossip-gosip liar ini. Erra bijak menangani situasi yang gempar seperti ini. Ada sahaja alasan yang agak boleh diterima pakai oleh peminat semua supaya dirinya diletakkan sebagai mangsa keadaan.
Di dalam rancangan Melodi ahad lalu, wartawan Michelle ada melabelkan Erra sebagai hipokrit. Adakah Erra hipokrit? Apa itu hipokrit?
Hipokrit mengikut kamus American Heritage :
A person who professes beliefs and opinions that he or she does not hold in order to conceal his or her real feelings or motives.
Atau dengan lebih mudah lagi, mengikut bahasa Indonesia, hipokrit dipanggil munafik. Berat bukan bunyinya? Bukankah orang munafik itu dilaknati di sisi Allah?
Bagi saya, hipokrit adalah seseorang yang suka menipu, memutar belitkan sesuatu fakta yang benar bagi kepentingan diri sendiri. Manusia ini pandai menokok tambah cerita mengikut keperluan dirinya dan kadang-kadang sanggup membuat propaganda liar bagi melepaskan diri sendiri dari sesuatu keadaan buruk yang menimpa dirinya. Mereka ini juga suka membesarkan hal-hal yang kecil dan memperkecilkan hal-hal yang besar, Pendek kata mereka tidak jujur dan sentiasa hidup dalam kepura-puraan.
Tidak dapat dinafikan kadang-kadang sifat hipokrit ini tidak boleh dielak. Saya sendiri tidak menyatakan yang diri ini tidak pernah menjadi hipokrit. Kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit bagi menjaga status dan menjaga hati orang di sekeliling. Cuma kita perlu berhati-hati kerana sifat ini mampu menggugat ketenteraman masyarakat hingga membawa kepada pepecahan dan perbalahan sesama manusia.
Berbalik kepada soalan, sama ada Erra ini tergolong dari manusia yang hipokrit atau tidak. Kita tidak boleh menilai seseorang itu dari segi luaran atau dari berita-berita liar yang merebak diluar sana.. Kita perlulah mengenali mereka dengan lebih mendalam. Yang pasti, Allah saja yang boleh membuat penilaian dengan tepat terhadap seluruh hambanya. Wallahua'lam.
Di bawah ini ada petikan artikel yang pada pengamatan saya, ianya boleh dijadikan panduan kepada kita semua.
Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr. Huraian : Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Posted at Monday, July 09, 2007 by dxdora
Friday, June 29, 2007
26/6/2007 – Hari Malang Buat Aku! Aku kena tinggal flight ke Labuan 8.55 am pagi ni. Kalau ikutkan pengalaman aku semenjak menjadi frequent flyer selama lebih setahun ni, memanglah kadang-kadang diorang minta MyKad. Tapi kebanyakkannya memang tak perlu tunjuk. Tapi beriye dia nak MyKad aku. Driving license pun dia reject. Do I look like a Mongolian to her? Bengang. Malu jugak aku. So, I got no choice kena balik ambil MyKad.
Satu hal lagi nak tukar tiket. Menunggu nak tukar tiket kat bawah tu memang aku dah tahu sure ramai orang. Teruk betul service MAS ni. Kalau agensi kerajaan macam ni, sure dah keluar kat paper. Ada 11 kaunter, hanya 4 kaunter yang buka. Sejam menunggu.
Unfortunately, next flight to Labuan is fully booked. My gosh! Aku on standby list flight petang tu. Then, if I can't make it to that flight, I have to take a flight to Kota Kinabalu at 9.15pm, then the next morning to Labuan at 6.50am. Huhuuu…
Petang, pukul 6.10pm aku dah tunggu depan standby counter tu. Risau betul kalau tak dapat. Mana nak stay malam ni kat KK sorang-sorang. Tapi pagi tadi masa aku daftar standby tu dia kata aku sorang je dalam list. So the possibility tinggi la. Teringat Amazing Race. Diorang pun selalu dalam standby list. At the end, they manage to be in that particular flight. Hahahahaa……
YES! They called my name. 20 minutes before flight time. Aku pun kelam kabut, check in bag, amik tiket, terus jalan customs checking. Dalam flight, suddenly I've been approach by one the the MAS staff to check my boarding pass. He asked where I'm heading to. I said to Labuan. then he told me that my boarding pass stated Kota Kinabalu. SO, aku keluarkan boarding pass aku. A'ah memang Kota Kinabalu. Tapi tiket aku stated Labuan. Memang minah kaunter tu tak check!
Sampai Labuan, aku tunggu luggage aku. Baru aku teringat yang bag aku tu sure has been tag Kota Kinabalu. Aku terus bagitau staff kat Labuan tu bagitau yang boarding pass aku salah destination. Setelah habis staff dia menggeledah perut kapal terbang tu, rupa-rupanya my bag wasn't in that aircraft. Banyak kali jugak diorang cari, tapi tak jumpa. 20 minutes later, that staff advice me to make a report. Memang sah bag aku tak de! Geramnya… macam mana nak pegi meeting esok?
Sampai hotel aku menangis cerita kat Kak Wan. Nasib baik dia bawak baju extra. Rahmat juga kejadian ni berlaku. Sebabnya selalu outstation, aku pergi sorang je. At least I got something to wear for tomorrow's meeting.
The next morning, aku pakai t-shirt Kak Wan with my jeans. Malu betul sebab semua orang tau ke'malang'an hari aku semalam. Sakit hati betul. Tak de mood nak berjalan-jalan. So aku tukar tiket balik petang tu jugak.
Pukul 2.30pm. Labuan MAS staff named Dayang called aku bagitau bag dah sampai Labuan. Memang sah bag tu tertinggal kat KLIA.
Masa nak check in balik pun ada masalah. 30 minit berdiri depan kaunter tu. Pakcik kaunter tu kata ada 1 tiket lagi tersangkut tak boleh check in. Katanya Sistem baru ni baru launch and tak stabil lagik. Aku paham masalah sistem ni…..
At last pak cik tu pun naik fed up dan suruh kitorang pergi kaunter lain. Aku ingat tiket aku yg problem. Aku dah nak menangis dah. Mcm manalah pulak kalau aku tak boleh balik ni????
Lepas beratur next kaunter, kak wan check semua tiket. Rupanya tiket dia yang tersangkut. Alhamdulillah bukan tiket aku. Bukan apa, cukuplah semalam hari yang malang buat aku. 10 minit before departure baru dapat boarding pass. Nasib baik airport Labuan ni dekat. Takde lah nak rushing. Tapi yang amat menggeramkan aku adalah aku telah ditempatkan di barisan paling belakang. 27C. BENGANGNYAA…..
Seat aku memang last row dekat toilet. Busuknya…. Inikah privilege yang aku dapat sebagai Enrich Member????? Kalau aku perasan seat number ni masa kat kaunter, sure aku dah minta tukar. Lepas tu pulak, dah atas kapal terbang, tetiba hujan lebat sangat. Kapal terbang terkandas. PANAS dan BUSUK menunggu selama 40 minit. Tak sabar nak sampai rumah. Nak dinner pun tak lalu. Aku makan kacang je.
At last, sampai KLIA. Penat sangat aku rasa mengharungi 2 hari yang lalu. The next day, I took a day off. Tak larat nak fikir kesengsaraan yang aku hadapi. Kat ofis pun tengah berlambak kerja nak kena settlekan. So I better take a day break.
Apalah dugaan yang aku terima ni? Semuanya berpunca dari MyKad aku yang tertinggal dalam folder semasa menghadiri temuduga PTD tempoh hari. Petanda aku berjaya atau gagal?????...................
Posted at Friday, June 29, 2007 by dxdora
Sunday, June 17, 2007
At last! Aku terima surat panggilan temuduga kali kedua untuk PTD. 6 bulan aku menanti sampaikan dah putus harapan untuk dipanggil temuduga lagi. 20/6/07 is the day……….. 
Posted at Sunday, June 17, 2007 by dxdora
Permalink
Saturday, June 09, 2007
Baby - Parking - Shopping
SMS 8/06/07:
10.00 am
Askum.dora,bz ke? Lama xdgr cite. Saje nk inform ko. 3hari lepas S##### ada sms farid bgtau dia dapat anak ppuan.since aku tau, aku inform la ko sbb kang ko marah lak aku tau tp xbgtau.
10.09 am
tq ireen, ko tau aku dh kuat skrg. i'm happy 2 hear that =). aku cuti hr ni. nk g jln2 kl jap lg.
10.11 a.m
Oo ok.xpe one day ko pun akn sucess dlm smue hal ye.aku doakan utk ko.tcare
10.30 a.m
After i received ireen's sms, aku terus fwd kat Shikin. A minute later she called me. Bukan main cepat respondnya. Shikin gelak-gelak and tanya aku kebenarannya. I said I'm ok and i'm not sad/mad/cry about that. Aku berSYUKUR.....
12.45 p.m
Aku keluar rumah jumpa Finu. She'll pick me up at SUbang Parade. Time aku parking kat SUbang Parade memang penuh sbb sure org pergi sembahyang jumaat pun parking kat basement. About 10 minutes aku pusing-pusing. Pehtu aku decided tunggu je kat depan lift tu. Mana tau ada yg nak keluar, aku ikutla sampai kereta diorang.
5 minit berlalu. nasib baik ada this lady parking belakang kereta aku. AKu pun seronok bangat la sebab Finu dah sampai area Subang. Aku dah siap signal bagi memberitahu kereta-kereta yang lalu kat situ aku dah 'cop' parking tu. Elok-elok je kereta Avanza hijau tu keluar, tetiba ada pulak waja signal nak masuk jugak parking tu. Kepala hotak dia . Padahal dia dah nampak aku signal dulu and dah masuk gear reverse pun. Sure belakang kereta aku bukan setakat ada lampu signal, malah lampu reserve pun sure bernyala. Tinggal nak lepaskan clutch utk bergerak je. Aku memang pantang org amik hak aku ni kan, so dengan tindakan cepat, aku terus mereversekan kereta aku ke dalam parking tu sebaik sahaja Avanza keluar. Nasib baik Si Waja yang bangang ni lambat masuk. So, aku sempat halang dia and bontot kereta aku dah masuk parking lot tu. Hahhaa.... (I am a well trained driver )... So Waja tak puas hati. Aku nampak ada 2 orang lelaki India di dalamnya yang pada zahirnya memang kategori 'gabas' - (gay terbabas bak kata Kay). Aku buat muka tak reti jek sebab I deserved that parking. Aku yang sampai dulu.
Aku teringat masa aku ngan Shikin kat Giant Klang. Macam tu jugak lah. Kitorang memang dah signal tunggu kereta depan tu nak keluarkan kereta dari parking lot. Tetiba, s*** punya Cina terus masuk buat muka selamba. Aku memang dah berasap jek. Nasib baik naik kereta Shikin, kalau kereta aku tu, memang dah sumpah seranah dah. Kalau tak pun aku dah calarkan kereta dia. (Can I???!!!) Kenapa ada manusia mcm ni? Dari kalangan mana mereka ini - Uneducated/Immoral/Idiot people? Kadang-kadang Melayu pun buat macam tu, tapi aku tak sanggup nak buat macam tu....
So lepas aku parking kereta, risau gak takut diorang pancitkan kereta aku ke, calarkan kereta ke... ekeke...Alhamdulillah....
Lepas Finu ambil aku, terus pergi Bangsar. Memang telah aku bayangkan keseronokan keluar shopping dengan Nurul Safinu ni. But pity her, kereta dia kemek sebab terlanggar tiang masa parking kat Bangsar Shopping Village. HUhuhuuuu... Maafkan aku, FInu. We lepak at La Bodega melayan sekotak chocolate sampai hujan reda. Kemudian kami memulakan pengembaraan ke LittleBlackBook, Cats Whiskers, Blook, elo, Amore, Vincci & Zara. Seronok-seronok. Thanks Finu......

Posted at Saturday, June 09, 2007 by dxdora
Thursday, June 07, 2007
I'm writing this article in hope that it can be submitted to any one of the local magazine here in Malaysia. Since I've created my own blog, I just thought that I can share my story and thoughts with all of you here.
Angin Sepi Ke Kota London
London..London..London. Apa ada pada kota ini? Kenapa ramai antara kita yang ingin menjejakkan kaki ke bumi London. Kota ini juga sering dikaitkan dengan syurga membeli belah barang berjenama bagi sesetengah yang berkemampuan. Murah kata mereka di samping banyak pilihan new arrival. Pernah juga saya mendengar makcik-makcik di kampung menggunakan frasa 'speaking London' bagi menggambarkan mereka yang tahu berbahasa Inggeris. Sehinggakan ada juga kuih raya yang dinamakan Almond London yang pastinya antara favourite saya. Mengapa begitu gah 'London' pada pandangan masyarakat sejagat?
London, kota metropolitan yang telah menjadi ibu negara England dan United Kingdom (UK) yang berpendudukkan 7.6 juta penduduk sehingga 2006. Saya juga adalah antara kalangan yang mengimpikan untuk ke bandar itu. Alhamdulillah saya telah berjaya menjejakkan kaki di bumi England pada 2005. Percutian selama 2 minggu di sana amat menyenangkan jiwa saya, bermula di London ke Lake District. Tapi saya tahu saya tidak setenang air dikali. Hati saya amat teruja menghirup udara sejuk di sana, tetapi jauh disudut hati saya masih tersemat sejarah hitam yang melanda jiwa.
Saya sendiri tidak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke sana. Ketika itu saya baru 1 tahun berkerja. Masih belum mempunyai akaun simpanan yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Masih lagi enjoy dengan hasil titik peluh sendiri. Tiada ultimate goal been setting up.
Kenapa saya ke England? Alasan saya adalah untuk membawa hati yang lara. Saya pernah kecewa kerana 'England'. Suatu masa dahulu, saya pernah ditaburi janji oleh si dia untuk membawa saya ke sana mengikutinya menyambung Master di Salford University, Manchester. Pada mulanya saya tidak bersetuju untuk mengikutnya kerana sudah pasti kami akan dinikahkan sebelum berlepas. Bukan kerana tidak cinta, tetapi bagi saya yang berusia 23 ketika itu merasakan amatlah muda untuk membina mahligai abadi. Mak saya pernah berpesan ketika saya berumur 16 tahun, "Buat apa kawin awal. Enjoy puas-puas sebelum kawin". Juga pada saya ketika inilah masa untuk menguji tahap kesetiaan hati masing-masing. Saya merelakan pemergian si dia untuk menuntut ilmu di sana.
3 bulan masa diambil untuk si dia memujuk. Akhirnya saya bersetuju. Hati melonjak gembira untuk ke sana. Saudara mara terdekat dan buddies telah saya khabarkan berita ini. Tetapi apakan daya, di saat-saat akhir, si dia membuat keputusan untuk pergi seorang diri. Ingin feel bujang katanya. Hati saya luluh. Siapa yang tidak kecewa setelah janji tidak ditepati? Dengan sifat kebudak-budakan saya ketika itu (saya mengaku belum matang ketika itu), kami banyak bertengkar apabila si dia semakin menunjukkan eagerness untuk ke sana.
Namun si dia yang saya sayangi itu amat tertekan dengan keadaan yang menimpa kami. Dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam negeri sahaja.Si dia mula berubah. Banyak mendiamkan diri. Diri ini terasa seolah-olah saya telah menjadi batu penghalang untuk dia mengejar cita-citanya. Kami tidak lagi lagi mesra seperti dulu. Walaupun si dia belajar di KL, kami jarang berjumpa. Alasan, sibuk dengan kelas dan assignment. Kami mula berenggang dan saya semakin kuat merajuk kerana si dia gagal memenuhi kehendak saya.
Percintaan kami juga dihujani pelbagai ujian. Saya pernah terserempak si dia bersama gadis lain ketika saya datang ke universiti tempat si dia menimba ilmu. Niat dihati nak buat surprise. Rupanya saya yang surprised! Pertengkaran besar berlaku. Si dia menyatakan si gadis hanya rakan sekelas. Bermulalah episod zaman kegelapan percintaan kami. Namun telah tersurat si dia bukan untuk saya. Kami berpisah juga setelah 2 bulan saya cuba sedaya upaya mempertahankan cinta kami yang telah tersemat di hati selama 4 tahun lebih.
Kini, si dia telah membina mahligai cinta abadi bersama gadis pilihannya. Saya redha dan sentiasa mendoakan kesejahteraan seisi keluarga. Saya tidak menyalahkan si dia yang memungkiri janjinya atau pun mak saya yang telah memberikan pesanan ketika berumur 16 tahun itu. Bahkan saya amat bersyukur dengan ketentuan ini. Banyak yang saya telah pelajari dan membantu dalam pencarian identiti sebenar. Semakin bijak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Saya tidak lagi take things for granted. I'm an independent woman. Tidak lagi bergantung kepada orang lain. This is the new me, Dora.
"
Ku mengerti perpisahan ini bukan kerana kau membenci tapi kasih yang pernah ku beri tiada lagi bersama
seringkala aku terlihatkan mu impian nan indah bersulam bahagia ku harungi hari demi hari bersama wajah tak mungkin akan kembali
~Perpisahan~
"
Sehingga hari ini, saya masih menyimpan hasrat untuk melanjutkan pembelajaran saya ke UK. Doakan impian saya tercapai. Bukan untuk saya, tetapi juga untuk kedua ibu bapa saya tercinta…………
Posted at Thursday, June 07, 2007 by dxdora
Permalink
Monday, June 04, 2007
Testing 1 2 3.
Hehee.... Lepas baca blog kak ijan, teringin pulak nak ada blog. Apa yang hendak dikongsikan bersama pembaca online di luar sana? Baru-baru ini banyak kes blogger yang menyalahgunakan tapak yang telah disediakan dengan menghentam dan memburuk-burukkan sesetengah pihak. Pada pendapat beta, berdasarkan dasar dunia tanpa sepadan dan penyebaran maklumat ke serata dunia, memang tiada dasar yang digubal mengenai penyekatan maklumat kepada orang awam. Setiap manusia mempunyai hak berkata-kata dan melemparkan pandangan masing-masing. Cuma atas keprihatinan dan kesedaran sivik manusia itu sendiri bagaimana hendak mengutarakan buah fikiran yang difikirkannya amat berguna dan sangat bernas itu agar menjadi panduan kepada orang lain TANPA memburuk-burukkan pihak yang tertentu. Kebanyakkan kes blogger-blogger ni, mereka amat bias atau berat sebelah. Hanya kata-kata mereka sahaja yang betul.
Apa yang aku mengarut ni. Macam menjawab soalan peperiksaan umum Pegawai Tadbir dan Diplomatik jek. PTD, huh. Geram aku cerita pasal PTD ni. Bulan 5 tahun lepas, kira-kira 18,000 orang menduduki peperiksaan tersebut. Seterusnya hanya 3000 lebih yang dipilih untuk stage seterusnya. Aku termasuklah dalam 3000 yang terpilih. Kursus selama 3 hari 2 malam buat aku sampai nak pengsan masa buat ujian fizikal. Mana taknya, tak lalu nak makan. Sibuk prepare public speaking. Tajuk yang amat menarik telah aku sediakan - Outsourcing Industry In Malaysia & Perkembangan Industri Muzik di Malaysia - pekji tolong buat outline industri muzik ni. Kemudian 1000 lebih dipilih untuk peringkat terakhir- temuduga. Sekali lagi aku menerima berita baik ini melalui www.spa.gov.my. Sewaktu temuduga, memang la menggelabah bagi insan seperti aku ini. Mana taknya, malas nak ambil tahu perkembangan semasa dunia. Sekali lagi, terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu meningkatkan pengetahuan aku dalam isu-isu dunia dan negara. Ditambah dengan temuduga yang telah aku jalankan ke atas rakan-rakan PTD yang telah selamat menjawat jawatan PTD di kementerian masing-masing. Soalan yang diajukan memang boleh tahan menguji intelektual dan integriti aku. Cuma setelah aku mengharungi peperangan di dalam bilik temuduga, aku amat kecewa apabila mereka mengatakan adalah baik jika aku setia menjawat jawatan aku sekarang ini dengan berbekalkan pointer yang amat memberangsangkan itu. Aku cuba menepis kata-katanya. Dia menjawab,"Kasi chance la kat mereka kat luar tu yang tak de keje lagi...". Aku senyum dan terus menjawab. (Sessi soal jawab ni akan aku tuliskan di dalam ruangan yang lain kerana entry ini hanya percubaan sahaja....=) ). Itulah kisahnya. Aku tau aku takkan lepas ujian ini. Tapi masa PAC, orang INTAN tu ada mention sekiranya gagal temuduga pertama, akan dipanggil semula di dalam temuduga kedua. Sehingga kini aku menanti panggilan temuduga kedua. 5 bulan berlalu, aku tau aku sudah tiada harapan. Kenapa rakan-rakanku yang lain dipanggil, tidak aku?????
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah.
[
Posted at Monday, June 04, 2007 by dxdora
Permalink
|
|

dxdoraJanuary 17th Female Malaysia A tall slim, cool and quiet woman.
|
|