Entry: Time Out! Friday, December 21, 2007



Banyak betul dugaan yang aku tempuhi. Aku akur pada semua qada' & qadar yang menimpa. Ia pastinya ujian bagi membuat aku lebih tabah. Baru-baru ni aku telah menerima khabar yang kurang baik mengenai tahap kesihatanku. Sekarang, aku masih di dalam peringkat ujian. Masih belum dapat pastikan apakah yang sedang berlaku di dalam tubuh kecilku ini.

Walaupun begitu, aku masih dapat menikmati detik-detik indah lawatan aku di Finland & Netherlands 2 minggu yang lalu. Sangat teruja bermain salji di Turkuu, Finland. Terpegun melihat bumi Holland yang permukaan tanahnya adalah sangat rata dan berada di bawah paras laut. Juga sangat terkenal dengan windmills, cheese, clogs (wooden shoes), dikes, tulips, basikal dan masyarakatnya yang sentiasa bersikap terbuka. Sempat jugak melawat Red Light District.

Akibat daripada sikap terbuka ini juga, negara ini membenarkan penjualan cannabis secara terbuka. Cannabis ini amat mudah di dapati di kedai-kedai runcit. Umpama menjual M&M's kegemaranku. Pelbagai jenis 'mushroom' ada di sini. Tak lupa juga aku telah diperkenalkan dengan Space Cake & Space Tea/Coffee. (Sorry, gua tak berani ambil!) Bak kata Sis Juliana, lepas amik ni sure kita boleh terbang!

Satu lagi yang aku suka di Amsterdam adalah basikal. Kebanyakkan penduduk di kota ini menjadikan basikal sebagai pengangkutan mereka ke sesuatu tempat. Memang sesak dengan basikal. Banyak kali juga aku nyaris berlanggar dengan penunggang-penunggang basikal di sana. Mana taknya, sibuk nak snap camera je. Smile

Aku ingin menjelajahi bumi Scandinavia & Eropah lagi................

Semakin hari aku rasa semakin singkat masa. Banyak urusan yang aku harus siapkan supaya tidak 'berhutang' kerja kemudian nanti. Banyak sudah masa yang telah aku bazirkan. Tiba masa untuk melangkah jauh ke depan.....

   2 comments

Gina
April 22, 2008   12:25 AM PDT
 
Wow.. heheh kakak dora aktif melancong. Happy 4 u.. knowing that both ur parent kuat berjalan.. i guess u dpt their feet too..... happy feet... waiting for ur new stories/blog...*thumbs up!!!
faruqy
January 9, 2008   04:06 PM PST
 
huhu bilalah nak dapat peluag melancong ke luar negara ni...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments