|
Tak cerita lagi pasal my new workspace in the office. Bos buat special request minta bilik KPP sebelah bilik dia dijadikan bilik baru untuk Cik Dora yang sangat rajin & berdedikasi. Actually, semua staff unit aku kena naik tingkat satu, sama level dengan bos sebab senang & cepat nak buat kerja. Since workspace kat luar tu macam dah penuh, jadi aku terpaksa ditempatkan ke dalam bilik KPP yang memang dah bertahun aku tengok memang kosong, hanya dijadikan bilik untuk auditors menjalankan kerja-kerja pengauditan. Wah, pegawai kanan kat office aku pun tak dapt bilik besar ni. Seronoklah, ada privacy sikit. Kalau tak kena share bilik dengan staff aku yang lain. Bos aku yang baik hati ni pun siap bagi aku 3 seater sofa yang memang sedia ada dalam bilik dia masuk dalam bilik baru aku ni. Bonus point! Port yang baik dan agak selesa untuk lepak-lepak dan bergosip dengan Lenny. Hahaha...... Dan juga seater ni juga tempat aku tidur waktu lunch break during fasting month. Puas tidurku.... Dah dapat bilik besar, kerja pun dah jadi besar. Tapi gaji tetap kecil juga, ye. Bonus pun tetap sebulan. Itu pun bukan main susah nak luluskan. Sekarang ni susahlah nak lari dari bos, nak ngular pun kena pandang kanan kiri. Bos tak ada baru bebas sikit. Dah duduk bawah hidung bos, asyik kena panggil masuk bilik dia, buat discussion. Memang susah nak dapat direct line aku sebab memang tak ada dalam bilik memanjang. Yang lain berprasangka aku merewang tempat lain. Diorang tak tau aku kena tahan dalam bilik perbincangan membincangkan hal negara tak sudah. Bilanya nak laksanakan dan siapkan kerja kalau asyik berbincang? Memang hari-hari kena balik lambat. Inilah kuasa bilik besar. Tak sedar berat badan aku semakin susut. (Jangan ditanya lagi kenapa aku semakin kurus!!!) Outstation Sambung cerita berat badan aku yang susut 3 kg. Bukan setakat kerja di office semakin membesar, kerja luar juga yang semakin kerap. Sekejap di utara, sekejap ke selatan. Hari ini ada di Sabah, lusa kat Kuching pula. Bulan-bulan puasa pun kena outstation. Tapi aku enjoy, tak adalah asyik memerap dalam office saja. Yang pasti tahun ini adalah tahun yang sangat sibuk sehingga aku lupa baki cuti rehat aku ada lagi 34 hari setelah ditolak 6 hari cuti yang telah aku ambil sehingga bulan September ini. Patutlah mak aku bising aku ni asyik kerja saja. Dah tak ada masa untuk keluarga. Kata mereka, "Tak apalah, sementara single ni senang nak berjalan." Aku senyum. Burswood, Perth 21/8 - 25/8/2008 sempat juga aku ke Perth walaupun last minute buat preparation dan sedang sibuk dengan tugas di pejabat. Seronok berada di Perth, cuma ralat sangat sebab tak pergi pun zoo. Nak tengok kangaroo & koala. Yang pasti purse 'L' telah aku tawan. That's really makes me smile. Yang sedang menjadi wishlist adalah handbag 'C' yang bakal menyusul sebelum akhir tahun ini. Nasi Lemak Antarabangsa (NLA) Dah dekat 2 tahun tak makan NLA kat Kampung Baru. Kali terakhir makan NLA adalah ketika bersama EE sebelum dia bergelar suami. Ramadhan tahun ni, 3 kali aku dapat sahur NLA. First time bersahur di Kampung Baru. Jam 2 - 3 pagi pun dah kena beratur panjang sampai kat Jalan Raya. Begitulah keadaan orang KL sampai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan NLA di situ yang mana kata mereka sangat sedap dan tiada tandingannya di sekitar ibukota. Kami memilih nasi lemak berlauk sotong dan paru. Dora says : Nasi lemak, ok la. Ada rasa lemak-lemak yang cukup. Sotong, lembut & sambal dia pun boleh tahan. Paru, sangat ok sebab dah potong kecil-kecil. Sambal, ok, cukup rasa dan boleh tahan pedasnya. (Sambal mak aku masak pun sedap macam ni. Try it!). Mungkin pada mereka di KL tu susah nak cari nasi lemak yang 'original' macam ni. Kalau beli tepi jalan tu, sure nasi tak sedap dan tak cukup lemak, sotong dan lauk pauk lain semua keras dan tak sedap. Sambal pun asal boleh buat je asalkan jadi sambal. Satu lagi yang buat lebih special, makan nasi lemak atas daun pisang. Barulah wangi nasi lemak tu. Hurm...mak punya pun sedap macam NLA juga. Erm...jangan ditanya aku pergi bersahur NLA dengan siapa. Rahsia! AkuJanji- Don't take things for granted! Baiklah, aku berjanji akan sentiasa update ruangan blog aku ini supaya aku tidak mensia-siakan storan yang telah dibekalkan oleh provider. Aku berjanji. p/s: Esok dah kena start kerja after cuti raya. Macam malas je nak kerja sebab dah tahu banyak kerja menanti di atas meja. Hari ini sepatutnya dah start kerja, tapi aku ambil MC semalam sebab malas & tak ready nak start kerja lagi. Lagipun memang kesihatan aku agak terganggu sedikit. Terima kasih Sham belanja aku & Lenny Baskin Robbins di Bukit Tinggi petang tadi. I really love the Candy Man & Very Berry Strawberry. Sham, you're my candy man! *wink And Darling Lenny, you're truly my Very Berry Strawberry! *muahs |
| gelygeleman April 30, 2009 09:38 PM PDT ehh bukan nye ko p mkn NLA tu dgn aku ke? ko naik keta aku kan kan ... hehu | ||
| Kak Ijan October 9, 2008 04:36 PM PDT Nasi lemak akak lagi sedap kot. Hehehe...masuk bakul angkat sendiri. Kem salam kat En. Hassan. Kalau ada job, meh panggil saya. Hahaha!!! | ||
| Kak Ijan October 9, 2008 04:27 PM PDT Fuyyoooo!!! Ada updet rupanya. Kalau Do tak singgah blog akak, memang tatau Do rajin tulis2. | ||
| Leave a Comment: |