Entry: Hikari Thursday, October 09, 2008



Selamat kembali bertugas selepas bercuti selama 8 hari. Seronok juga duduk rumah, rehat, menonton televisyen. Tak sia-sia aku subscribe channel Syawal 188 semata-mata nak tengok P.Ramlee The Musical sekali lagi walaupun aku dah menontonnya di IB bersama Shikin awal tahun ini. Tapi sampai hari ini tak berkesempatan nak menontonnya di kaca tv sebab bila masa free menonton, sure cerita Anak Halal atau Duyung yang sedang dimainkan. Tak best!

Awal pagi dah sampai di office. Sempat dapat parking belakang bangunan yang cuma ada petak untuk 7 biji kereta aku rasa. Dekat sikit dengan bilik. Kalau tak sure kena parking jauh dekat dengan kuil. Tapi apa salahnya parking jauh sikit. Bukankah elok untuk kesihatan. Kalau tak pun, untuk aku practice 'catwalk' bersama pump shoes 3 inci yang aku beli dengan Finu. Jangan tak tau, Finu pun ada kasut yang sama. Sama-sama beli. Tak kisahlah, lain office kan?

Breakfast dengan Lenny. Meeting kat menara TM. Petang bos tak masuk office. Bebas gila! Check email. SIapkan kerja-kerja sikit. Around 4 pm Lenny datang lepak. Dan terus lepak sehingga jam 5.30 bersama Karam & Ella.

Di kepala, irama melodi 'Hikari' sedang rancak berputar. Berhantu pula lepas dengar lagu ini 2 hari yang lalu. Seorang rakan sepejabat yang sedang berkursus di Jepun mengingatkan aku kepada penyanyi Jepun yang amat popular dengan lagu 'First Love' - Utada Hikaru. Memang aku suka banget lagu tu. Lagu yang amat sesuai untuk dijadikan lagu tema bagi drama entry blog aku yang bertajuk 'Angin Sepi Ke Kota London'.

'Hikari' adalah cahaya atau 'light'. Kalau ikut lirik lagu ini, memanglah sedang  menjadi lagu tema bagi jalan cerita hidup yang sedang aku lalui. Sememangnya aku adalah seorang yang sangat dramatik! Enjoy!

" target="_self">.

   9 comments

FaruqY
October 20, 2008   02:49 PM PDT
 
pergh, dora rajin update la skrg! kagum aku!
Kak Ijan
October 20, 2008   11:07 AM PDT
 
Ler...kata tak nak take for granted dah.
Awie
October 14, 2008   04:31 PM PDT
 
apesal akunye blog tade kat fav ko.. oo
Kak Ijan
October 14, 2008   11:26 AM PDT
 
tukar tukar
Awie
October 13, 2008   07:41 PM PDT
 
aku cadangkan ko tgk puteri gunung ledang, aku dengar die nak dipentaskan semula.. tak rugi tengok..
dxdora
October 13, 2008   07:44 AM PDT
 
Fairuz, Klik kat All Time Fav!
nmfairus
October 10, 2008   04:22 PM PDT
 
Selamat berblog..
Kak nurul bukak la satu blog..
share citer ngan kitorang..

Nway, apa address blog Ijan?
Kak Ijan
October 10, 2008   02:18 PM PDT
 
Kak Nurul bila nak ber'blog'. Apa la asyik baca cerita orang jeks.
beinghepi
October 10, 2008   01:08 PM PDT
 
hehe...teringat plak nak visit blog ko hari ni....sib baik ada update...good....keep it up...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments